Tuhan Adalah Cinta Agung

Aku tahu Engkau Tuhan adalah cinta agung,

Aku pun mahu mencintaiMu

Aku tahu mencintaiMu amat perlu,

Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan

Aku berusaha ke arah itu, tapi cintaku padaMu

Tuhan selalu sahaja terganggu,

Banyak yang mengganggu,

Nafsuku yang jahat, syeitan terkutuk

Dunia yang mempesona menggamit-gamit selalu,

Di waktu itu lupa aku padaMu,

Cinta sudah tentu jauh sekali, sekali-sekala cintaku padaMu datang juga, walaupun sedikit, terasa indahnya

Kemudian lupa lagi Adakalanya lupaku padaMu berpanjangan sekali

Kemudian sekali-sekala tersedar kembali,

Engkau adalah cinta agung,

Engkau patut dicintai selepas itu lupa lagi,

Begitulah cintaku padaMu dengan kelalaianku silih berganti Tuhan,

Dengan hati yang sedih ini tolonglah aku, dengan rahmatMu,

Bantulah aku untuk mencintaiMu

Agar cinta yang palsu itu terbunuh dengan sendiri

Itulah harapanku padaMu

Advertisements
Published in: on Ogos 26, 2009 at 4:43 pm  Tinggalkan Komen  
Tags:

The URI to TrackBack this entry is: https://akuasoib.wordpress.com/2009/08/26/tuhan-adalah-cinta-agung/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: